Assalamualaikum wmh wbt sahabat sahabat yang dikasihi,

PRU 14 telah melabuhkan tirai……. Mungkin dalam usaha memenangkan calun/ parti pilihan, kita telah banyak serang menyerang & diserang melalui media sosial……..kadang kadang sivil & beradab tetapi ada juga yang sangat mengguris perasaan 😢😢

Jom kita letak itu semua di belakang……

Jom kita bahu membahu dalam perkara2 yg kita persetujui bersama & bermaafan dalam perkara yg kita khilaf.

Salah satu kaedah yang paling berkesan adalah untuk kita bertemu muka sambil makan/ minum terutamanya di bulan Ramadhan ini 😋😋😅

Oleh itu dengan segala rendah diri saya ingin menjemput semua untuk hadir ke majlis Iftar Perdana AWFA 2018 (IPA18) pada 2 Jun 2018 nanti.

Pertubuhan Pendidikan AWFA NS berhasrat untuk menyumbang kepada pembangunan ummah & negara melalui tadika & sekolah Islam yang mana SEMUA pelajarnya belajar bahasa Mandarin (selain BM, BI & BA). Sekolah kami yang pertama telah beroperasi sejak 2016 di Oakland, Seremban 2.

Info lanjut boleh dicapai di www.sriawfa.com dan https://www.facebook.com/SRIAWFA/

Untuk menyertai IPA18 atau hanya untuk berinfaq (tanpa hadir ke majlis) sila klik di https://goo.gl/forms/7vxAQEkZktPydoQg2

Sumbangan Iftar Perdana

P/S : Paling kurang pun jemputlah share jemputan ini. 😁

Yang menunaikan amanah,

Mohd Shah Awaluddin
Pengarah Eksekutif
Pertubuhan Pendidikan AWFA NS
Sekolah Rendah Islam (SRI) AWFA
011-10631076
sriawfa@gmail.com

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter message.