Sempena Sambutan Mid Autumn Festival (kueh bulan & tanglung), SRI AWFA telah menerima kunjungan kunjungan Dato’ Hj. Mohd Chan, isteri dan anaknya Dato’ Nik Chan. Beliau adalah pengasas kepada kumpulan restoran Cina Muslim terkemuka iaitu Restoran Mohd Chan.
Dato’ Nik Chan kemudiannya menyampaikan sumbangan derma kepada Pertubuhan Pendidikan AWFA NS.

Turut hadir ialah En. Tan Eng Beng/ Pengerusi NS Chinese Assembly Hall (NSCAH), En. Lau Chee Boon/ Penasihat NSCAH bersama AJK.

Institut Kong Zi, Universiti Malaya pula diwakili oleh Dr. Dr Wang Zhenghai/Director (China).

Dalam majlis ringkas tetapi bermakna, suatu pertandingan membuat tanglong telah diadakan dan Dato’ Mohd Chan juga telah menyampaikan kueh bulan kepada semua pelajar.

Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin selaku Pengerusi AWFA pula telah memberi sedikit penerangan tentang Sambutan Mid Autumn ini kepada semua pelajar & guru.

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter message.