Alhamdulillah semalam Ir. Hj. Nazemi Mat/ Ahli Lembaga Pengelola Sekolah AWFA bersama Tn. Hj. Mohd Shah Awaluddin telah mengunjungi Galenia Pre School di Bandung, Indonesia.

Di bawah pimpinan Bunda Evie, pusat jagaan & pendidikan awal kanak2 yang ditubuhkan 7 tahun lepas ini mempunyai fokus pembangunan multiple intelligence.

Insyaallah kerjasama yang lebih rapat akan dijalin bagi membolehkan pelajar pelajar AWFA mendapat input terbaik.

Dikongsikan disini photo semasa lawatan ke Galenia Daycare & Preschool di Bandung Indonesia.

Di Galenia School ini, mereka menggunakan pendekatan “Multiple Intelligence” iaitu penilaian dibuat dari aspek spiritual, linguistic, logic-math, kinestetic, naturalis, musical, intrapersonal, interpersonal & visual special

Setiap anak-anak dilahirkan dengan satu “talent”, jadi kita perlu mengenalpasti “talent” tersebut untuk pembangunan bakat dan menentukan kaedah pengajaran yang sesuai.

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter message.