Alhamdulillah, Pertubuhan Pendidikan Awfa NS sebagai sebuah NGO Islam telah mengambil inisiatif untuk menyantuni golongan yang kerap dilupakan iaitu banduan.

Dengan kerjasama Jabatan Penjara Seremban, pihak kami telah mengadakan ceramah motivasi pada 24 Sept. 2019 dengan tajuk “Be The Best” yang melibatkan seramai 43 orang banduan.

Diantara perkara yang disentuh ialah berkaitan persediaan sebelum dan selepas dibebaskan dan bagaimana mereka dapat berubah menjadi seorang insan yang bermanafaat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat dan bersedia untuk kehidupan di akhirat. Program diisi dengan mengadakan beberapa permainan yang bertujuan untuk membantu mereka melakar impian masing-masing. Ada yang berkata ingin menjadi seorang pemuzik, caterer, peniaga dan pemain bola. Kami membantu dengan membuka peluang kehidupan mereka yang kedua

Masa masih ada dan masih belum terlambat, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Maklum balas yang diterima amatlah positif dan program pengisian ini perlu diteruskan pada masa depan

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter message.