POLISI
1. Ibubapa / Penjaga adalah dikehendaki mematuhi jadual yuran pembelajaran yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.
2. Yuran kemasukan adalah wajib dibayar penuh sebelum sesi persekolahan bermula. Kegagalan ibubapa / penjaga menjelaskan yuran kemasukan ini, pihak sekolah berhak untuk menangguhkan pembelajaran murid.
3. Ibubapa / Penjaga perlu mematuhi jadual pembayaran yuran bulanan iaitu selewatnya 7 hari bulan setiap bulan. Kegagalan Ibubapa / Penjaga membuat bayaran bulanan seperti yang ditetapkan, pihak sekolah boleh mengambil tindakan yang wajar seperti mengeluarkan notis peringatan, memanggil Ibubapa / Penjaga ke sekolah atau menggantung persekolahan murid.
4. Pembelajaran murid di sekolah ini adalah “subscribe” sepanjang tahun (Januari – November). Seandainya murid bercuti panjang (atas sebarang alasan), yuran bulanan tetap dibayar penuh.
5. Segala bayaran yuran yang telah dijelaskan adalah tidak dikembalikan @ “non-refundable”
6. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab sekiranya slip bayaran melalui deposit tunai atau talian internet banking didapati hilang / tercicir sebelum dimaklumkan kepada pihak kewangan sekolah.
PROSEDUR
1. Cara bayaran :
a) Bayaran secara tunai di pejabat sekolah
b) Bayaran secara talian (internet banking)
c) Bayaran secara deposit tunai (CDM; cash deposit machine)
d) Bayaran secara cek
2. Maklumat Akaun Bank
Bayaran yuran pendaftaran & kemasukan
▪ BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
▪ Nama Akaun : SRI AWFA SEREMBAN 2
▪ No Akaun : 050 670 100 101 34
▪ Cawangan : Senawang, Negeri Sembilan
▪ Email : finance.sriawfa@gmail.com
Bayaran yuran bulanan (Jan–Nov) dan lain-lain
▪ MAYBANK ISLAMIC
▪ Nama Akaun : SRI AWFA EDUCATION SDN BHD
▪ No Akaun : 5551 7151 4662
▪ Cawangan : Seremban 2, Negeri Sembilan
▪ Email : finance.sriawfa@gmail.com
3. Makluman dan perhatian
a) Ibubapa / Penjaga yang membayar yuran secara talian (internet banking) dan deposit tunai (CDM), perlu memaklumkan pihak kewangan sekolah butir-butir lengkap seperti Nama Pelajar, Kelas dan Jenis Yuran (contoh; Maryam Binti Muhammad, Kelas 1 Jasmin, Yuran bulan Februari 2017). Emailkan butiran lengkap tersebut ke finance.sriawfa@gmail.com.
b) Ibubapa / Penjaga perlu memastikan menerima resit bayaran dari bahagian kewangan sekolah. Ibubapa / Penjaga diminta menghubungi pejabat sekolah (bahagian kewangan) sekiranya tidak mendapat maklumbalas berkenaan bayaran yuran dan resit bayaran rasmi.
Hubungi pejabat sekolah di talian 06-6336688 / 013-682 6883